Nama Perdana Menteri Ke-6, Datuk Seri Najib Razak, sudah tidak asing lagi meniti di bibir rakyat.
Selepas kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Najib dilihat lebih aktif mendekati warganet di media sosial, Facebook.
Digelar ‘bapa troll kebangsaan’ oleh pengikutnya, status berbau sindiran membidas kerajaan Pakatan Harapan (PH) oleh beliau sentiasa meraih ribuan ‘like’ dan ‘share’ dalam hanya masa beberapa minit dimuatnaik.
Terbaharu, Najib dalam status ringkas penuh sinis meminta semua rakyat Malaysia untuk menonton ‘drama’ yang kini berlaku di dalam kerajaan PH sementara beliau mencari ketenangan dengan memancing.

Seperti kebiasaannya, status tersebut menjadi perbualan dalam kalangan netizen yang mengakui terhibur dengan ‘gurauan’ beliau.
Mendapat 64k like dalam tempoh satu jam, nampaknya kepopularan Najib di media sosial tidak dapat disangal lagi.



Sumber: Najib Razak