Setiap pelajar pastinya bercita-cita untuk menamatkan pembelajaran dengan cemerlang setelah bertahun-tahun melaburkan wang dan tenaga di institut pengajian tinggi.
Bagi menamatkan pembelajaran dengan lulus cemerlang, setiap pelajar perlu melengkapkan tugasan yang diberi pensyarah untuk memperoleh markah.
Namun, seorang pelajar di sebuah IPT di semenanjung mendakwa dia dan rakan sekelasnya ‘dipergunakan’ pensyarah mereka untuk melariskan barang jualannya.
Menurut pelajar tersebut, D (bukan nama sebenar), pensyarah mereka menjual 2 botol minyak wangi kepada setiap pelajar dalam kelas berkenaan untuk mereka jual atas alasan mengasah skil keusahawanan.
Sesiapa yang tidak mampu menjual barangan tersebut terpaksa membeli minyak wangi berkenaan yang didakwa agak mahal berbanding saiznya yang kecil.


Pelajar berkenaan turut berkongsi ‘iklan’ yang pernah dimuatnaik di Instagram miliknya dalam usaha menjual item tersebut.


Sumber: Twitter