
Sekarang ini, kit ujian Covid-19 adalah perkara yang paling penting perlu ada di setiap rumah untuk pemeriksaan kendiri jika menghidap tanda-tanda virus tersebut menyerang.
Sejak kit ujian Covid-19 diciptakan, orang ramai tidak lagi perlu beratur panjang di pusat-pusat ‘screeaning’ Covid-19 untuk tujuan swab. Ia boleh didapati di mana-mana farmasi berdaftar dengan harga yang berpatutan.
Namun, mestilah ia akan jadi lebih mahal jika kita beli dalam kadar jumlah yang banyak.
Bagaimanapun, menerusi akaun Twitter Aliff Shanusi, bagi sesiapa yang membayar cukai, mereka sebenarnya boleh tuntut sebanyak RM1,000 ringgit dengan pembelian kit ujian Covid-19.
“Kepada pembayar cukai, jika anda membeli kit Covid ujian kendiri, ingat simpan resit mulai sekarang kerana anda boleh menuntut sehingga Rm1,000 pada tahun semasa 2022 dan 2021 juga,” katanya.

Selain itu, dalam laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri juga ada menyenaraikan jenis-jenis suntikan vaksin lain yang boleh anda tuntut.
Perbelanjaan suntikan vaksin bagi diri sendiri, pasangan atau anak. Jenis vaksin yang layak dibenarkan potongan adalah seperti berikut:
Pneumococcal;
Human papillomavirus (HPV);
Influenza;
Rotavirus;
Varicella;
Meningococcal;
Kombinasi TDAP (tetanus-diphtheria-acellular-pertussis); dan
Coronavirus Disease 2019 (Covid-19