Dana R&D Teknologi
Kredit BERNAMA

Belanjawan 2024: RM510 Juta Diperuntukkan Untuk Dana R&D Teknologi Dan Inovasi

Syed Faisal Sayed Muhammad

Belanjawan 2024: RM510 Juta Diperuntukkan Untuk Dana R&D Teknologi Dan Inovasi

Dalam pembentangan Belanjawan 2024 semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memperuntukkan sejumlah RM510 juta dana R&D bagi tujuan Teknologi dan Inovasi.

Dana itu diberikan kepada Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi serta Kementerian Pendidikan Tinggi.

Menurut Anwar, sebanyak RM50 juta dikhususkan sebagai geran padanan untuk universiti awam bekerjasama dengan sektor swasta.

Pemberian Dana itu bagi merancakkan aktiviti penyelidikan dan inovasi yang boleh dikomersialkan kepada pengguna.

Selain itu, sejumlah RM76 juta pula disediakan bagi memperkasakan ekosistem aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (R&D&C&I).

Ia melalui penyediaan dana sokongan pengkomersialan produk hasil ciptaan perusahaan perniagaan, NGO serta jabatan dan agensi Kerajaan.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Sementara itu, Program INNOVATHON yang mula dilancarkan pada tahun ini juga dikatakan bakal diteruskan.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kejayaan penghasilan ciptaan anak tempatan yang boleh dikomersialkan.

Sehubungan itu, Program INNOVATHON akan diteruskan bagi menyubur dan menyemarak pendayaciptaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sumber: Belanjawan 2024