Seekor anak gajah di Aceh mati selepas dua hari dirawat di Pusat Latihan Gajah (PLG) di Saree, Aceh Besar apabila belalainya dikatakan terputus akibat terkena jerat, lapor Detik News.
Kata Agus, anak gajah itu mengalami kecederaan serius apabila luka pada belalainya sudah terkena jangkitan.
Gambar : haluanpadang.comPegawai BKSDA berkata pihaknya akan menjalankan siasatan bagi menentukan punca sebenar kematian haiwan yang dilindungi itu.
Anak gajah itu dipercayai terperangkap dalam jerat di kawasan Desa Alue Meuraksa, Teunom, Aceh Jaya pada Sabtu lalu. Setelah hasil pencarian dilakukan, kumpulan gabungan BKSDA telah menjejak anak gajah tersebut pada hari Ahad.
Menurut informasi awal, anak gajah tersebut didapati bergerak bersendirian dan terpisah daripada kawanan, memetik laporan haluanpadang.com.
Tambah Agus lagi, sisa jerat tersebut masih menempel pada bahagian tengah belalainya dan menjangkakan luka yang dialami sudah lama berlaku.
Sumber : Detik News