“Belajar Hidup Susah,” Kakak Bangga Adik Lelaki Serba Boleh, Ringan Tulang Bantu Keluarga
“Nasib keluarga mengubah perspektif tentang kehidupan dan membentuk tingkah laku seseorang individu”
Sekiranya dibaca dengan sekali lalu, kenyataan di atas boleh disifatkan sebagai fakta, namun apabila menelitinya semula, ia hanyalah penyataan yang membawa kepada sangkaan atau kebenaran.
Ramai yang menyangka, nasib keluarga ini memainkan peranan penting dan memberi kesan sama ada baik atau buruk dalam hidup tetapi sesetengah juga berpandangan ia mampu membentuk seseorang menjadi manusia berguna.
Pun begitu, ia bergantung bagaimana anda mendefinisikan kenyataan tersebut dan cara pandangan mengenai dunia.
Artikel kali ini bukan untuk berkongsi tentang definisi nasib keluarga, tetapi lebih menceritakan kisah seorang kanak-kanak lelaki yang sangat pandai berdikari walaupun belum memasuki zaman remaja.
BACA: Michelle Yeoh Pulang Ke Ipoh, Lepas Rindu Bersama Keluarga
Adik ringan tulang bantu keluarga
Kisah itu dikongsi oleh kakaknya menerusi @eidasmyda TikTok, di mana dia memuat naik satu kompilasi video yang memaparkan kerajinan adik lelakinya dalam membantu keluarganya.
“Umur tidak menjamin apa-apa dan usia bukan penghalang,” memetik kapsyen itu.
Kanak-kanak lelaki itu merupakan anak kesembilan daripada 10 orang adik-beradik, namun tidak seperti yang lain, dia sudah berani melakukan kerja dewasa tanpa memerlukan pertolongan dari orang lain.
Menurut kakaknya, ada sahaja aktiviti yang ingin dilakukan olehnya, antaranya memancing dan boleh dikatakan dalam sehari jadual hidupnya penuh dengan aktiviti luar.
Kredit: @eidasmyda/TikTok
Kredit: @eidasmyda/TikTokTingkah laku adiknya yang rajin membuatkan kakaknya senang untuk melakukan perkara yang memerlukan kecerdasan lelaki.
Baginya, kehidupan yang dirasai oleh adiknya sekarang membantunya menjadi penguat semangat pada masa hadapan.
Setiap yang telah ditulis oleh Allah, wanita tersebut menzahirkan rasa syukur kerana dunia ini hanya pinjaman semata-mata.
Sumber: @eidasmyda/TikTok