Bekas Timbalan Menteri Pendidikan, YB Teo Nie Ching tidak menafikan bahawa beliau berkecil hati dengan apa yang berlaku Ahad lalu.
Beliau yang merupakan ahli parlimen Parti DAP meluahkan rasa hatinya di laman Facebook siang tadi.
Saya tak nafikan rasa kecil hati Ahad lalu. Saya juga tak nafikan ada kalanya saya ingin berputus asa. Mungkin saya hanyalah terlalu tidak berkuasa untuk membawa sebarang perubahan.
Namun jika saya berputus asa sekarang, bukankah saya berikan pengkhianat itu apa yang mereka mahukan? Jika saya tidak menyertai politik kerana mereka, kenapa mereka jadi sebab saya berputus asa?
Jangan berputus asa. Rakyat Malaysia bernilai dengan perjuangan yang kita tempuhi sekarang ini.
Kita dipilih rakyat, dan saya bukannya orang yang mengkhianati rakyat. Kita ada sebab untuk terus berbangga.
Sumber: Teo Nie Ching