Kira-kira 72 orang dilapor terkorban dalam satu rusuhan ‘gegak-gempita’ yang berlaku di dua wilayah miskin; KwaZulu-Natal dan Guateng, Afrika Selatan pada Selasa setakat ini.
Difahamkan, rusuhan itu bermula sejurus bekas presiden, Jacob Zuma mula menjalani hukuman penjara 15 bulan kerana menghina keputusan mahkamah semasa pertuduhan pada Khamis lepas.
Zuma dikatakan enggan mematuhi perintah mahkamah untuk memberi keterangan dalam siasatan berkenaan pertuduhan rasuah ke atasnya semasa menjadi presiden dari 2009 hingga 2018.
Gambar: News24Akibat daripada itu, ribuan rakyat dipercayai penyokongnya berkeras membantah keputusan tersebut dan turun ke jalanan untuk membuat rusuhan besar-besaran.
Memetik sumber AP, rusuhan itu berlaku terlalu ‘ganas’ hingga menyebabkan beberapa fasiliti awam penting seperti pusat pemberian vaksin COVID-19 dan pasar raya terpaksa ditutup.
Dalam pada itu, perusuh turut memecah masuk Pusat Beli-Belah Mayfair Square di bandar Daveyton untuk melakukan keganasan, selain turut mencuri makanan, peralatan elektrik, minuman keras dan pakaian.
Gambar: AFP/BBCTidak kurang juga, sebuah konti stesen radio tempatan, Alex FM juga dilapor dipecah masuk perusuh pada pukul 2 pagi. Pelbagai peralatan konti dicuri hingga menyebabkan kerugian lebih RM1.5 juta.
Keganasan yang tidak terkawal itu memaksa pihak polis menggempur mereka dan melakukan tindakan keselamatan dengan melepaskan bom tangan serta tembakan peluru getah.
Ramai perusuh menyelamatkan diri hingga terpaksa berlari di atas bumbung hingga ada yang tercedera kerana terkena serpihan dinding kaca yang pecah akibat ditembak.
Gambar: REUTERS/BBCKetua Polis Daerah, Mathapelo Peter mendakwa, terdapat letupan yang berlaku ketika perusuh cuba merosakkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dari sebuah bank di sana.
Untuk rekod, rusuhan itu dipercayai merebak ke wilayah lain dan kira-kira lebih 1,200 orang awam yang merusuh dilapor telah ditahan polis setakat ini.
Menurut AP, lebih separuh daripada 60 juta rakyat Afrika Selatan kini sedang hidup menderita dalam kemiskinan. Berdasarkan statistik rasmi, kadar penganggurannya kini mencapai sehingga 32 peratus.
Pandemik COVID-19 ini telah menyebabkan ramai individu terpaksa diberhentikan kerja gara-gara kemerosotan ekonomi. Tekanan ini mengakibatkan rakyat terpaksa berlapar dan berasa putus asa hingga mendorong mereka untuk membuat rusuhan.
Gambar: AFP/Financial TimesSumber: AP News / BBC