Meskipun sudah pulih daripada ‘penderitaan’ jangkitan virus COVID-19, segelintir pesakit terpaksa bergelut pula dengan sindrom ‘Long Covid’.
Keadaan ini menyebabkan sesetengah dari mereka tidak dapat lagi menjalani kehidupan seperti biasa seperti sedia kala.
Namun begitu, anda masih dapat mengurangkan risiko ini dengan mengamalkan pengambilan vaksin cukup dos, dan amalkan SOP yang ditetapkan.
Oleh itu, menerusi laman Facebook rasmi milik Kementerian Kesihatan Malaysia, satu perkongsian berkenaan sindrom COVID Berpanjangan telah dimuat naik agar orang ramai lebih berwaspada.
Bekas pesakit COVID-19 berkemungkinan mengalami gejala-gejala berterusan bagi tempoh 12 minggu atau lebih selepas sembuh.
Keadaan ini berpunca daripada komplikasi jangkitan COVID-19 terhadap fungsi pelbagai organ dalam tubuh seseorang individu.
Gejala Long COVID ini menjejaskan kualiti kehidupan bekas pesakit COVID-19 dan ianya boleh dihadapi oleh bekas pesakit COVID-19 bergejala ringan mahupun bergejala serius.
Pengambilan vaksin, amal 3W dan elak 3S, pengudaran yang baik serta pematuhan SOP, mampu mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.
Kredit: FB Kementerian Kesihatan MalaysiaSumber: FB KKM