Bekas Perdana Menteri Mesir, Hosni Mubarak yang memerintah negara berkenaan selama 30 tahun sebelum digulingkan selepas revolusi rakyat atau Arab Springs pada 2011 dilaporkan meninggal dunia pada usia 91 tahun.
Beliau merupakan Perdana Menteri Mesir yang keempat dan memegang tampuk pemenrintahan itu bermula 1981.
Menurut Al-Jazeera, Allahyarham dilaporkan meninggal dunia berpunca daripada komplikasi kesihatan yang tidak dinyatakan
Hosni sebelum ini telah dipenjara sebaik sahaja digulingkan tetapi dibebaskan mahkamah pada 2017 selepas mahkamah menggugurkan pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.
Menurut abang iparnya, Hosni meninggal dunia di Hospital Tentera Galaa, di Kaherah.
Sumber: Al-Jazeera