Rumours - Radamel Falcao ke jdt
Kredit: The Sun

Bekas Penyerang MU, Radamel Falcao Ke JDT – Laporan

Florence Nuar

Bekas Penyerang MU, Radamel Falcao Ke JDT

Bekas penyerang Manchester United, Radamel Falcao dilaporkan ditawarkan perpindahan mengejut ke Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila kariernya tamat.

Memetik The Sun, pemain Columbia, 37, itu kini bermain dalam LaLiga bersama Rayo Vallecano yang bakal menjadi tempat persaraannya tidak lama lagi.

Susulan itu, menurut akhbar Sepanyol Marca, JDT yang juga gergasi Liga Malaysia mahu membawa Falcao ke Asia.

Akhbar tersebut juga mendakwa bahawa JDT telah menawarkan kontrak dua tahun kepada Falcao untuk bersaing dalam Liga Super Malaysia.

Difahamkan, kontrak itu dilihat berpotensi baginya (Falcao) untuk menjadi duta JDT, tidak kurang juga negeri Johor selepas dia bersara kelak.

Rumours - Radamel Falcao ke jdt
Kredit: The Sun

Tidak dinafikan Falcao dilapor berminat untuk membuka langkah itu.

Tetapi JDT berdepan saingan daripada pasukan Sepanyol, Valencia yang dikatakan mempunyai kemahuan yang sama.

Gergasi LaLiga itu menurun dan kini hanya menduduki tangga ke-18 dalam carta musim ini ekoran menghadapi masalah penyingkiran, justeru menginginkan Falcao untuk ke sana.

Setelah meninggalkan Atletico Madrid, Falcao hanya menjaringkan dua gol dalam 19 penampilan LaLiga musim ini.

Menurut The Sun, Falcao berada dalam barisan pertama di bangku simpanan kerana dia baharu sahaja memulakan tiga perlawanan.

Bagaimanapun, dia tetap menjadi pemain tetap untuk negaranya.

Rumours - Radamel Falcao ke jdt
Kredit: The Sun

Tidak kurang juga penampilan JDT dalam Liga Super Malaysia yang telah merangkul kejuaraan dalam sembilan edisi yang dipertandingkan.

Malah, pasukan kendalian Esteban Solari itu (kini) juga telah berjaya memenangi tiga Piala Malaysia dan dua Piala FA Malaysia. Malah, kabinet trofi mereka (JDT) telah menampilkan Piala AFC 2015 – Asia yang setara dengan Liga Europa.

Tidak hanya itu, skuad JDT menampilkan bekas pemain Watford dan Sheffield Wednesday, Fernando Forestieri, bekas pemain Swansea, Jordi Amat dan Aston Villa serta pemain lagend Millwall, Shane Lowry.

Imbas kembali, Falcao pernah menyertai Manchester United secara pinjaman pada musim 2014 dahulu dengan nilai perjanjian sebanyak 6 juta euro.

Tidak hanya itu, Falcao juga pernah menyarung jersi beberapa pasukan ternama lain seperti Chelsea dan Atletico Madrid ketika era kemuncaknya.

Sumber: The Sun