Taufik Hidayat timbalan menteri
Kredit: CNN Indonesia

Taufik Hidayat Dilantik Timbalan Menteri Belia & Sukan Indonesia

Athirah

Taufik Hidayat Dilantik Timbalan Menteri Belia & Sukan Indonesia

Bekas juara dunia yang juga legenda badminton Indonesia, Taufik Hidayat dilapor telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan (Wamenpora) Indonesia.

Menurut Kompas, Taufik menyandang jawatan tersebut dan menyertai barisan Kabinet Merah Putih dibawah pentadbiran Presiden baharu, Prabowo Subianto.

Pengumuman berhubung pelantikan Taufik dibuat sendiri oleh Prabowo di Istana Presiden di Jakarta, pada malam Ahad.

“Taufik Hidayat menjadi Timbalan Menteri Belia dan Sukan,” kata Prabowo.

Taufik Hidayat kini Timbalan Menteri Belia & Sukan Indonesia

Dengan jawatan tersebut, ia dilihat sebagai transisi Taufik daripada bidang sukan ke pentadbiran kerajaan. Malah, beliau juga bakal memikul tanggungjawab besar memajukan ekosistem sukan di negara tersebut.

Terdahulu menurut TVS, Kabinet baru yang dibentuk oleh Prabowo terdiri daripada 48 menteri atau ketua agensi, 56 timbalan menteri serta lima pegawai setaraf menteri.

Kabinet tersebut menggabungkan muka lama daripada pemerintahan presiden terdahulu dengan beberapa tokoh baharu.

Kabinet terbesar pernah diumumkan

Difahamkan, kira-kira satu pertiga atau 17 menteri adalah daripada pentadbiran Joko Widodo atau Jokowi.

Antara tokoh terkenal yang dari era Jokowi menyertai kabinet Prabowo adalah Sri Mulyani Indrawati sebagai Menteri Kewangan dan Luhut Binsar Panjaitan sebagai Ketua Majlis Ekonomi Negara.

Secara keseluruhan, Kabinet Merah Putih merupakan kabinet terbesar pernah diumumkan oleh kerajaan Indonesia iaitu melibatkan 109 orang anggota.

BACA: Ini Maksud Sebalik Mantera Buka & Tutup Pintu Gua Dalam Filem Ali Baba Bujang Lapok

BACA: “Saya Adalah ‘Sampah’ Yang Baru Dikitar Semula..” Dari Bekas Penghuni Henry Gurney Kini Seorang Penulis Buku

BACA: Lelaki Kongsi Emaknya Mudah Terpengaruh, Sakan Main ‘Game’ Lepas Sembang Dengan Cashier MYDIN

Sumber:

Kompas