Pihak Maybank akan melalui laman sosial mereka memaklumkan bahawa penyelenggaraan harian akan dilakukan pada 11.30pm sehingga 11.59pm esok, 8 September 2021.
Perkara tersebut adalah bagi memberi laluan kepada orang ramai melakukan transaksi pembelian secara atas talian dengan lebih mudah pada tengah malam 9 September (9.9) ini.
Menurut Maybank, servis yang tergendala pada waktu itu adalah:
Maybank2u, aplikasi MAE, QRPayBiz dan Wealth
Pembayaran atas talian FPX
Transaksi kad debit
Mesin layan diri (ATM, CDM dan deposit cek)
Sumber: Maybank