
Beberapa orang awam dilaporkan terbunuh dan mengalami kecederaan dalam satu insiden tembakan yang berlaku di Bandar Orange, California, lapor agensi berita Los Angeles Times.
Jurucakap Jabatan Polis Orange, Lt Jennifer Amat, berkata pegawai menerima panggilan kira-kira jam 5.30 petang (waktu tempatan) mengenai tembakan yang dilepaskan di Lincoln Avenue, Orange, kawasan yang menempatkan beberapa jenis perniagaan.
Menurutnya, adegan berbalas tembakan berlaku antara pegawai polis dan suspek di mana suspek telah melepaskan tembakan terlebih dahulu sejurus pihak polis tiba di tempat kejadian.
Tambahnya, perincian mengenai kejadian itu belum dikeluarkan secara rasmi tetapi berdasarkan maklumat awal, ramai orang awam dilaporkan cedera dan meninggal dunia.
Suspek telah dibawa ke hospital dalam keadaan tidak diketahui dan keadaan kini terkawal, kata Amat.
Kejadian sama turut berlaku beberapa minggu lalu dan menyebabkan lapan orang terbunuh dalam tembakan besar-besaran di spa Atlanta. Enam daripada mangsa dilaporkan adalah warga Asia.
Sumber: Los Angeles Times