
Beberapa Kawasan Di Perak Dilanda Banjir Kilat
Beberapa kawasan di negeri Perak dilapor dilanda banjir kilat malam ini selepas hujan lebat berterusan, menyebabkan paras air naik mendadak dan menenggelami beberapa jalan utama serta kawasan perumahan.
Tinjauan di media sosial mendapati orang ramai berkongsi beberapa rakaman yang menunjukkan keadaan air deras memasuki kawasan kediaman, selain beberapa kenderaan dilihat separuh tenggelam.
Antara kawasan yang dilaporkan terjejas termasuk Kamunting, Ulu Sepetang dan Taiping dengan paras air mencecah hampir setengah meter di sesetengah lokasi.
Dalam satu rakaman, kelihatan air mula melimpah ke jalan raya, menyebabkan laluan ditutup atau hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat.
Keadaan ini telah menyukarkan pergerakan penduduk, terutamanya mereka yang bergantung kepada jalan darat sebagai laluan utama.
Dalam rakaman yang lain, kelihatan air deras mengalir di beberapa kawasan, menunjukkan betapa seriusnya keadaan banjir ini.
Justeru, penduduk di kawasan yang berisiko tinggi diminta sentiasa peka terhadap perkembangan cuaca dan situasi banjir.
Penduduk yang terjejas perlu sentiasa mendapatkan maklumat terkini melalui saluran rasmi dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi diri serta keluarga mereka.
Penduduk juga dinasihatkan untuk menghubungi pihak berkuasa sekiranya berlaku kecemasan dan tidak mengambil risiko dengan meredah air banjir, terutamanya apabila aliran air kelihatan deras.
Semoga semua mangsa terjejas dipermudahkan segala urusan.
https://www.facebook.com/share/p/1F44diTpqU/
Sumber: Atie Wati Ikornin via Facebook