Kredit: Media Sosial
Tiada Kategori

Beberapa Kawasan Di Kuantan & Shah Alam Mula Dinaiki Air

Sofea

Beberapa Kawasan Di Kuantan & Shah Alam Mula Dinaiki Air

Hujan lebat berterusan telah menyebabkan banjir berlaku di beberapa kawasan di semenanjung malam ini.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna media sosial, kawasan Batu Tiga di Shah Alam dan Kempadang di Kuantan telah dinaiki air banjir.

BACA JUGA: MetMalaysia Jangka Ribut Tropika Senyar Berlaku Di Sempadan Perak & Selangor Malam Ini

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa hujan berterusan dijangka akan berlaku di beberapa negeri termasuk di Selangor dan Pahang. hingga 29 November.

Amaran tahap bahaya itu melibatkan daerah Klang, Kuala Langat dan Sepang di Selangor. Manakala di Pahang membabitkan daerah Maran, Kuantan dan Pekan.

Dalam pada itu, Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) telah mengeluarkan senarai amaran banjir di negeri Selangor. Ia melibatkan beberapa daerah dan dijangka berlaku sehingga 30 November.

Kredit: TikTok