jb dilanda banjir kilat
Kredit: Media Sosial
Tiada Kategori

Beberapa Kawasan Di JB Dilanda Banjir Kilat, Bumbung Pentas Dataran Bandaraya Runtuh

Sofea

Beberapa Kawasan Di JB Dilanda Banjir Kilat, Bumbung Pentas Dataran Bandaraya Runtuh

Hujan lebat berterusan telah menyebabkan berlakunya kejadian banjir kilat di beberapa kawasan di Johor petang ini.

Menerusi tinjauan di media sosial, kawasan di Johor Bahru telah dinaiki air dan menyebabkan banyak kenderaan terkandas.

Selain itu, satu video tular juga menunjukkan bumbung pentas sebuah acara di Dataran Bandaraya Johor Bahru turut runtuh akibat hujan lebat.

Orang ramai turut berkongsi keadaan di Nong Chik dan Kampung Mohd Amin.

Sumber: Media Sosial