Bazar Ramadan Kuala Lumpur yang sebelum ini beroperasi di tapak asalnya di Lorong Tuanku Abd Rahman, berhampiran Masjid India akan dihidupkan semula.
Kenyataan tersebut diumumkan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menerusi satu ciapan di Twitternya hari ini.
“Demi memenuhi rayuan peniaga bazar Aidilfitri, kita bersetuju bukan saja untuk benarkan bazar dibuka tapi kita hidupkan semula bazar di tapak asal di Lorong Tuanku Abd Rahman mulai 17 April, namun (dengan) prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dikenakan,” maklum ciapan tersebut.
Baru-baru ini pula, kerajaan memberi kelonggaran dengan membenarkan bazar Ramadan dan Aidilfitri beroperasi seperti tahun-tahun terdahulu dengan syarat yang ketat.
Sumber: Twitter