Bayi Perempuan Maut Digigit Tikus
Kredit: NDTV News

Bayi Perempuan Maut Selepas Digigit Tikus Di NICU

Athirah

Bayi Perempuan Maut Selepas Digigit Tikus Di NICU

Seorang bayi perempuan dilaporkan maut selepas dipercayai digigit tikus yang berkeliaran di wad rawatan intensif neonatal (NICU) di India

Times Of India melaporkan bahawa bayi itu dipercayai dilahirkan pada minggu lalu di hospital Maharaja Yashwantrao Chikitsalaya yang terletak di Madhya Pradesh.

Pengarah hospital, Dr. Ashok Yadav mengesahkan bahawa kawalan perosak kali terakhir dijalankan di hospital tersebut ialah lima tahun lalu.

Bagaimanapun, pihak hospital menegaskan gigitan tikus bukan punca utama kematian bayi perempuan itu, sebaliknya disebabkan masalah penyakit jantung kongenital yang serius.

“Bayi perempuan itu meninggal kerana penyakit jantung kongenital yang teruk. Ibu bapanya telah meninggalkan dia di hospital dan kami sudah memaklumkan kepada pihak polis,” ujarnya seperti yang dilaporkan dalam Times Of India.

Dekan Kolej Perubatan, Dr Arvind Ghanghoria memaklumkan bayi yang meninggal dunia itu memiliki berat 1.2 kilogram.

Pihak hospital melancarkan operasi kawalan tikus selepas kejadian

Pentadbiran hospital telah menggantung dua tugas jururawat dan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada beberapa pegawai terlibat, selain jururawat penyelia turut digugurkan daripada jawatan.

Susulan insiden terbabit, syarikat kawalan serangga yang bertanggungjawan terhadap pengurusan tikus dikenakan denda sebanyak Rs 1 lakh (kira-kira RM57,000) dan diberi amaran kontrak mereka boleh ditamatkan.

Insiden gigitan tikus yang dilaporkan telah mendedahkan kecuaian serius di salah sebuah hospital kerajaan terbesar di India Tengah, sekaligus mencetuskan tindak balas segera di peringkat tertinggi.

Times Of India melaporkan pihak hospital kini melancarkan operasi kawalan tikus secara menyeluruh di seluruh kawasan hospital.

BACA: Rider Nekad “Balas Dendam”, Kejar Anjing Satu Taman Buat Ramai Terhibur
BACA: Lelaki Teruja Baju Popular Jepun Rupanya Dihasilkan Di ‘Negara’ Ini

Sumber: Times Of India