Di Indonesia, Nur Astuti Anjayta (32) mendapati bahawa anaknya telah meninggal ketika diajak mengemis. Tambahan juga, Astuti dikatakan mengalami gangguan jiwa ( ODGJ). Hal tersebut dimaklumkan oleh Ketua Seksi Disabiliti Dinas Sosial Kota Bekasi Veny Dwi ketika disahkan pada Selasa (2/12/2020). “Semalam hasil penilaian menunjukkan bahawa beliau merupakan pesakit gangguan jiwa (ODGJ) tapi masih di tahap yang ringan. Jadi kami perlu rujuk ke RSJ Marzukir Mahdi Kota Bogor,” kata Veny.
Dari pemeriksaan yang dilakukan oleh Dinas Sosial Kota Bekasi terungkap bahawa Astuti sudah mengalami gangguan jiwa sejak kecil. Keadaan itu terus berlanjutan hingga Astuti meningkat dewasa dan berkeluarga. Dalam kehidupan sehariannya, Astuti hidup bersama seorang suami yang bekerja sebagai pegawai tempat letak kereta dan buah hatinya yang kini sudah meninggal.
Saat ini Badan Sosial sedang melakukan persiapan merujuk Astuti ke rumah saki RSJ Marzukir Mahdi untuk permeriksaan lebih lanjut mengenai gangguan kejiwaannya. “Hari ini kami hanya mempersiapkan syarat-syaratnya, kami hanya membuat cadangan,” kata Devy. Sebelumnya, Astuti dimaklumakan mengajak anaknya yang baru berusia dua tahun untuk mengemis di kawasan Bantar Gebang, Kota Bekasi, Khamis (26/11/2020).
Ketika menggendong anaknya, Astuti tak sedar bahawa anaknya sudah tak bergerak sama sekali. Ketika dibawa ke Puskesmas, ternyata buah hatinya itu sudah tidak bernyawa.Kemudian, diamklumkan bahawa bayi tersebut memang sudah sakit sejak empat hari sebelumnya.
Sumber- Kompas.com