Seorang bayi ditemukan di dalam sebuah kotak bersama-sama sekeping nota daripada seorang ibu yang terdesak kerana tidak mampu untuk menyara anaknya itu, memetik laporan New York Post.
Menurut laporan, kejadian itu berlaku di Alaska. Ibu Pejabat Polis di Alaska telah menerima satu laporan mengenai penemuan seorang bayi pada jam 2 petang sehari sebelum sambutan Tahun Baru, lapor polis dalam satu kenyataan.
Suhu pada ketika itu mencecah satu digit, menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan.
Bayi itu dilaporkan ditemui oleh seorang penduduk di bandar Fairbanks, Roxy Lane. Penduduk itu menjumpai bayi tersebut dalam keadaan dibaluti dengan selimut berhampiran peti surat rumahnya.
Dia kemudiannya menyiarkan rakaman mengenai bayi tersebut dengan satu nota yang ditinggalkan.
Gambar: via New York PostBerdasarkan nota yang ditemui, bayi tersebut dikatakan telah lahir pada 31 Disember 2021. Bayi itu dikatakan lahir 12 minggu pramatang.
Jelas nota itu, ibu bapa, datuk dan nenek bayi itu tidak mempunyai duit atau makanan untuk membesarkannya.
Bayi itu kemudiannya dibawa ke Emergency Medical Services (EMS) tempatan dan bayi itu didapati berada dalam keadaan sihat, kata polis.
Menurut Lane, ibu bapa kepada bayi itu mungkin terlalu muda dan tidak tahu mengenai undang-undang Alaska yang membenarkan anak yang tidak diingini untuk dihantar ke hospital tempatan, gereja atau polis atau balai bomba.
Sumber: New York Post