Seorang ibu dilaporkan sanggup meninggalkan bayinya di dalam kereta hingga menyebabkan kematian.
Memetik laporan Metro.co.uk, wanita itu dikatakan berada dalam pengaruh dadah sebelum memasuki rumah dan meninggalkan anaknya di dalam kereta dalam tempoh yang lama.
Ibu berusia 30 tahun itu disyaki telah melakukan ‘sesuatu’ di dalam biliknya sebelum teringat akan bayinya yang berada di dalam kereta. Seorang saksi yang bertanyakan keberadaan bayi tersebut membuatkan wanita itu tersedar dan segera mendapatkan anaknya di dalam kereta.
Dia telah ditahan dan didakwa atas tuduhan melakukan pembunuhan yang teruk.
Mangsa dipercayai lemas kerana ditinggalkan di dalam kereta selama beberapa jam dan disahkan meninggal dunia setelah bantuan kecemasan dipanggil di kediaman mereka.
Penyiasat dari Pejabat Sheriff Bay County kemudian mula melakukan siasatan dan menemui dadah jenis syabu di dalam rumah wanita itu.
Sumber: Metro.co.uk