Selepas 30 jam dilahirkan, seorang bayi di Wuhan, China telah disahkan dijangkiti dengan koronavirus, lapor media tempatan.
Bayi tersebut merupakan mangsa termuda yang direkodkan dijangkiti dengan virus maut yang telah meragut hampir 500 nyawa sejak ianya ditemui tahun lalu.
Pakar menyatakan bahawa bayi tersebut berkemungkinan dijangkiti semasa didalam kandungan, semasa bersalin serta selepas daripada itu.

Ibu kepada bayi tersebut telah disahkan positif dijangkiti dengan virus itu sebelum dia melahirkan bayi berkenaan.
Agensi berita Xinhua pada Isnin melaporkan bahawa seorang bayi yang berjaya dilahirkan oleh seorang ibu yang dijangkiti dengan koronavirus itu bebas daripada wabak tersebut.
China mencatatkan lebih 24,000 kes rakyatnya dijangkiti dengan koronavirus ini. Dengan kebanyakan bandar-bandar di negara itu telah dikuarantin bagi mencegah wabak itu daripada menular.
Masyarakat global mula bimbang akan peningkatan kes koronavirus yang berlaku luar dari China. Beberapa kematian juga turut dicatatkan terjadi luar daripada negara tembok besar itu.
Sumber: Gulf News