Bayi 9 Bulan Ditemui Peluk Jasad Ibu Yang Membusuk
Seorang bayi berusia sembilan bulan dilaporkan telah ditemui dalam keadaan memeluk jasad ibunya yang telah membusuk.
Kejadian tragis itu berlaku di sebuah bilik sewa di kawasan Smoker, Kelurahan Siriwini, Nabire, Papua Tengah, pada 29 Ogos lalu.
Difahamkan, hal ini disedari oleh penduduk setempat selepas mencium bau busuk dari bilik berkenaan.
Penduduk kemudian terpaksa membuka pintu bilik dan menemui jasad seorang wanita yang dipercayai telah meninggal dunia sejak tiga hari lalu.
Di samping jasad wanita itu, bayi berkenaan ditemui dalam keadaan lemah dan hanya memakai lampin.
Namun, bayi tersebut masih hidup dan selamat.
Dalam video yang tular di media sosial, bayi itu dilihat berada di sebelah tubuh ibunya yang sudah tidak bernyawa.
Penduduk yang menemui bayi tersebut segera menggendongnya dan memberikan air minuman dari botol.
Bayi itu terus meminum air tersebut dengan bantuan penduduk, menunjukkan bahawa dia mungkin sudah beberapa hari tidak makan dan minum.
Jasad wanita itu ditemui terbaring di lantai dalam keadaan yang sudah mula membusuk, sementara bayi berkenaan berada dekat dengan kepala ibunya.
Mangsa dikenal pasti berasal dari Kecamatan Baebunta, Kabupaten Luwu Utara, Sulawesi Selatan.
Difahamkan, suami mangsa yang juga ayah kepada bayi itu sedang bekerja di luar daerah ketika kejadian berlaku.
Penduduk turut memaklumkan bahawa keluarga tersebut baru menetap di bilik sewa itu kira-kira tiga bulan yang lalu.
Pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian wanita tersebut.
Bayi itu pula telah dibawa ke Hospital Umum Daerah (RSUD) Nabire untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Kes ini masih dalam siasatan pihak polis tempatan.
BACA: Kemalangan Elak Kera: Percutian Berakhir Tragedi, Suami Hilang Isteri & Ibu Sekelip Mata
BACA: Lori Dipandu Jatuh Laut, Seorang Mangsa Dikhuatiri Lemas
BACA: Tanah Jerlus: Keluarga Mangsa Buat Upacara Agama Sebelum Pulang Ke India
Sumber: Tribun