Batuk Tingkatkan Penyebaran Virus Covid-19 10 Kali Ganda Berbanding Bercakap – Kajian

Sha Rossa

Batuk semasa dijangkiti Covid-19 dapat menyebarkan virus ini sehingga sepuluh kali ganda lebih banyak daripada ketika bercakap atau bernafas, menurut satu kajian baharu yang dijalankan.

Para penyelidik berkata, barisan hadapan pekerja kesihatan berisiko ‘tinggi’ di mana perlu berdepan dengan pesakit koronavirus yang mengalami batuk.

Malah, mereka dilaporkan mempunyai empat kali ganda risiko untuk dijangkiti Covid-19 daripada individu lain, dan kadar jangkitan di wad hospital dikatakan dua kali ganda daripada kakitangan yang berada di unit rawatan rapi.

Berikutan kajian yang dijalankan oleh University of Bristol dan North Bristol NHS Trust ini, petugas kesihatan meminta Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) yang lebih baik dan pengudaraan di hospital dipertingkatkan.

Kajian ini turut disokong oleh Dr Eilir Hughes, Ketua kempen NHS Fresh Air di mana berkata, setiap negara perlu mengambil pendekatan pencegahan awal agar barisan hadapan dapat dilindungi sebaik mungkin.

“Ini bersamaan dengan bukti yang terus bertambah yang menunjukkan bahawa aktiviti seperti bercakap, dan batuk khususnya, menghasilkan aerosol.

“Sekiranya kita sebagai negara mengambil pendekatan pencegahan dari awal pandemik berlaku, tapi sayangnya, kita tidak melakukannya.

“Kita sekarang harus melihat kepada polisi dan mengubahnya, untuk memastikan bahawa kita melindungi pekerja kesihatan kita dengan secukupnya,’‘ kata beliau.

Sumber: Mirror UK