Kehidupan seorang petani dari India berubah selepas dia menemui sebuah berlian bernilai £60,000 (RM 326,605) semasa sedang mengusahakan tanahnya, lapor Daily Mail.
Lakhan Yadav, 45, telah menjumpai batu seberat 14.98 karat itu ketika sedang menggali tanah yang mulai disewanya bulan lalu di Madhya Pradesh, India.
Yadav hampir buang batu permata itu kerana beranggapan bahawa ia adalah batu kerikil yang tidak berharga. Namun selepas menggosok kotoran pada batu tersebut, batu tersebut bersinar secara berbeza.

Dia kemudiannya terus membawa batu itu ke pegawai berlian daerah di mana ianya dikenali dan dinilai lebih dari enam juta rupee.
Petani itu telah bertindak menjual berlian tersebut. “Ia telah mengubah hidup saya,” katanya kepada Times of India.
Yadav berkata, dia akan menggunakan wang itu untuk memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan yang baik dan bukannya ‘sesuatu yang besar’.

Petani itu dilaporkan sudah membeli sebuah motosikal, dengan tanah seluas 2 hektar serta dua ekor kerbau dengan wang yang dia terima sebagai ganti rugi keluarganya dipindahkan oleh pegawai Taman Negara Panna untuk memberi ruang membina tempat tinggal harimau.
“Saya beli motosikal kerana anak saudara saya berkeras. saya gembira dengan basikal saya,” katanya kepada penerbitan itu.
Yadav menyatakan bahawa dia tidak akan berhenti di situ dan berhasrat untuk terus mencari berlian di sebidang tanah lain.
“Saya harap dapat berlian lagi. Saya akan mengusahakannya selama beberapa bulan lagi, mungkin pajakan akan diperbaharui,”katanya.
Sumber: Daily Mail