
Anggota badan kita ada antaranya yang bersifat self cleaning. Self cleaning bermaksud sesuatu anggota tubuh itu boleh bersihkan ‘dirinya’ sendiri secara semulajadi dan bukan melalui tindakan fizikal kita.
Tidak dinafikan, ramai yang suka mengorek telinga dan beberapa lagi anggota badan yang lain. Kadangkala bukan untuk mencuci pun, sebaliknya hanya sekadar untuk ‘kepuasan’. Mana tidaknya, kalau dapat ‘korek’ hidung, ia boleh menyebabkan kita leka hingga ‘terbuai mimpi’.
Namun, sebenarnya anggota badan seperti yang dinyatakan oleh Dr. Erna Nadia ini tidak perlu dicuci pun. Difahamkan, ia adalah bersifat ‘self-cleaning’ iaitu boleh cuci dan keluarkan kotoran dengan sendiri. Jadi, jom kita teliti penjelasan doktor ini untuk lebih faham.
Ada beberapa anggota badan yang kita rasa kita perlu korek atau keluarkan tapi sebenarnya Allah dah jadikan ianya self-cleaning. Iaitu ia boleh cuci atau keluarkan kotoran sendiri.
1. Telinga
Tahi telinga akan keluar dengan sendiri. Kita tak perlu korek pun. Masa mandi atau ambil wuduk boleh bersihkan sikit sikit di hujung hujung telinga guna tisu atau tuala bersih. Please elakkan guna cotton bud dan of course jangan guna besi untuk bersihkan telinga, ianya boleh menyebabkan gegendang telinga anda pecah/rosak.

Jika ada tahi telinga tersumbat, jumpa doktor, nanti dapat ubat titik untuk cairkan tahi tersumbat tu. Pendengaran yang rosak dah tak boleh kembali normal semula.
Dan jangan dengar muzik kuat kuat guna earphones/headphones, nanti organ dalam telinga akan rosak juga. Jangan pukul2 bahagian telinga atau belakang telinga juga. Sayangi telinga anda.
2. Faraj
Saya tak tahu kenapa tapi ada juga wanita yang suka korek kemaluan mereka. This is so wrong. Elakkan. Faraj kita boleh self cleansing. Cukup sekadar selepas buang air kecil atau bersama suami atau cuci haid, basuh dengan air dan lap sahaja. Tak perlu korek korek ya.
3. Hidung
Tahi hidung juga seeloknya tak dikorek korek. Jika rasa hidung penuh tahi, cuci guna air. Masa mandi dan nak ambil wuduk tu, boleh basah kan sedikit dalam hidung dan bersihkan. Jika selalu korek, nanti dalam hidung akan mudah luka, jadi hidung berdarah dan sudah tentu kotor tangan anda.

4. Usus
Ini pun pelik sampai ada yang jual produk untuk bersihkan usus. Allah jadikan elok dah organ kita ni. Jika sudah penuh usus kita, kita akan buang dengan cara buang air besar. Tak ada apa yang akan tersumbat.
Jika ada masalah sembelit, ubah menu harian supaya lebih banyak serat, minum lebih banyak air kosong dan bergeraklah. Jika tak bergerak atau tak bersenam, memang mudah sembelit. Kurangkan makanan yang berat. Kunyah dengan perlahan dan elok.
5. Mata
Air mata kita ni sebenarnya pencuci mata paling hebat Allah cipta. Kita cuma perlu pastikan kita rajin kelip mata sahaja supaya mata kita kekal lembab. Jika berkerja memerlukan fokus yang banyak bahagian mata ( guna pc, laptop, handphone), jangan lupa kelip mata.
Masa kita kelip mata tu la, ada satu lapisan air mata akan basahi mata kita. Jangan selalu guna ubat titik mata, ianya boleh buatkan mata anda kering lama lama. Mata kering boleh bawa banyak masalah kemudian hari. Dan of course jangan tenyeh tenyeh mata, tak bagus dan boleh buatkan mata ‘trauma’ tanpa disedari.
Haa. Mungkin ada yang dah tahu tapi masih buat buat tak tahu. Lepas ni dah kena ambil tahu. Sebab organ yang Allah bagi kita pinjam ni, kalau rosak, susah nak diganti. Maka, sayangilah setiap satunya ok.
Sumber: Dr Erna Nadia