SEREMBAN: Sebuah bas persiaran yang membawa seramai 45 orang pekerja kilang yang baharu sahaja selesai menerima vaksin terbakar. Kejadian berlaku di Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat Bukit Putus di sini tengah hari tadi.
Menurut Penolong Kanan Penguasa Bomba Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Mohd Hidayat Basly berkata, pihak mereka mendapat panggilan tentang kejadian pada pukul 12.05 tengah hari dan tiba di lokasi kejadian 13 minit kemudian.
Tambahnya lagi, setibanya di lokasi kejadian, pihak mereka mendapati sebuah bas persiaran yang membawa seramai 45 pekerja kilang yang sudah divaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Perniagaan Cattleya, Senawang dalam perjalanan pulang ke Simpang Pertang, Jelebu.
Walau bagaimanapun, tiada mangsa yang cedera dalam kebakaran tersebut kerana kesemua mereka sempat keluar lebih awal.
Sumber: Utusan Malaysia