
Baru Tahu, Ini Cara Masuk & Keluar LPR Parking Tanpa Perlu “Tap” Kad TnG
Bagi pengguna TNG eWallet, kini anda tidak lagi perlu “tap” kad Touch ‘n Go (TnG) setiap kali masuk atau keluar di lokasi parkir tertentu.
Ini kerana TNG eWallet sudah menawarkan kemudahan LPR Parking (License Plate Recognition Parking) yang membolehkan bayaran parkir dilakukan secara automatik hanya melalui nombor plat kenderaan anda.
Semasa Masuk:
Sistem akan mengimbas nombor plat kenderaan anda sebaik tiba di pintu masuk parkir.
Palang akan terbuka secara automatik tanpa anda perlu mengeluarkan kad TnG.
Anda akan menerima notifikasi di aplikasi TNG eWallet yang memaparkan nombor plat kenderaan, lokasi parkir dan peringatan untuk memastikan baki eWallet mencukupi.
Semasa Keluar:
Sistem akan mengira caj parkir berdasarkan tempoh kenderaan berada di dalam kawasan parkir.
Bayaran akan ditolak terus daripada baki TNG eWallet anda.
Palang akan terbuka secara automatik selepas pembayaran berjaya, dan anda akan menerima notifikasi bayaran.
TIP PENTING: Pastikan baki TNG eWallet anda mencukupi sebelum keluar untuk mengelakkan kelewatan.
Ikuti langkah mudah ini:
1. Buka aplikasi TNG eWallet dan tekan “More” di bawah bahagian “My Favourites” pada skrin utama.
2. Skrol ke bahagian “Transport”, kemudian pilih “LPR Parking”.
3. Tekan “Add vehicle now” dan ikut arahan di skrin untuk mendaftarkan kenderaan anda.
4. Masukkan PIN 6 digit untuk pengesahan.
5. Anda akan menerima push notification apabila pendaftaran berjaya.
Menurut Touch ‘n Go eWallet Help Centre, kemudahan ini kini tersedia di beberapa lokasi terpilih seperti berikut:

Jelas Touch ‘n Go eWallet Help Centre, ia akan diperluaskan dari semasa ke semasa.