Saat menduduki peperiksaan yang besar, pastinya pelajar mahukan sokongan daripada kedua ibu bapa. Ya, dorongan dan sokongan merekalah yang membuatkan diri ini yakin. Tetapi, ada dugaan yang berat terpaksa ditanggung oleh seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang dipikul. Itulah perumpamaan yang menggambarkan ujian yang perlu dilalui oleh remaja ini. Baru masuk hari ketiga SPM, remaja ini mendapat khabar berita penuh duka apabila ayahnya pergi menghadap illahi.
Difahamkan menerusi laman Twitter Aminur Rashid, adiknya yang baru habis menjawab kertas Sejarah terus pulang dari sekolah ke surau untuk menatap wajah ayahnya buat kali terakhir.
“My adik currently on his SPM dan tadi dia habis je paper sejarah terus datang surau & sempat tengok arwah & solat jenazah . My heart when i saw he hold his tears so bad ya allah he’s strong.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa remaja ini. Justeru itu, tidak kurang juga yang memberi semangat kepada keluarga ini.



Sumber: Aminur