Hari ini, Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian Ustazah Shadiya Abbas pada pukul 5.05 pagi tadi yang dipercayai mengalami sesak nafas.
Pemergian tersebut sudah semestinya dirasai dan perit untuk dihadapi oleh ahli keluarga serta suami Allahyarhamah.
Lebih menyentuh hati, Allahyarhamah dan suaminya baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan pada 30 Mac yang lalu.
Sudah 17 tahun melayari bahtera perkahwinan, kiriman yang dimuatnaik oleh suaminya menerusi laman Facebook MK Azman pada 30 Mac lalu mencoretkan kembali tentang bagaimana beliau dan Allahyarhamah berjumpa dan melangsungkan perkahwinan.
Kami bertemu di Universiti Malaya Kuala Lumpur. Tak kenal pun siapa tu Shadiya Abbas..
Ketika itu, saya mahasiswa tahun 3. Dan, bekas tunang saya baru tahun 2.
Kami berkerja bersama semasa saya diamanahkan sebagai Ketua Pengarah Penerbitan PMIUM. Persatuan yg tersohor ketika itu. Semua orang kenal persatuan ni. Bekas tunang saya ni, jadi AJK saya. Masa tu saya tiada sapa² utk dijadikan teman hidup. Maklumlah saya ni rupa takde, miskin pulak tu. Tak berani nak approach sapa²..
Maka saya berdoa kepada Allah agar didatangkan seorang mahasiswi yg saya sebut ciri²nya dalam doa saya. Akhirnya Allah datang budak kecik tu.. Dalam hati saya dok sangka yang ni kot..
Lepas tu bila dah kenal famili dia, kami pun kahwin la. Alhamdulillah dah 17 tahun melayari bahtera bersama. Dikurniakan zuriat 3 orang.
Kenapa saya pilih dia?? Sebab orang lain tak mau kat saya..
Ok ok.. Sebab dia pandai cakap. Dia ada ilmu. Dialah juga GURU SAYA.
Sebelum kuliah, saya akan rujuk beliau. Dapatkan ilmu dari beliau. Dia simpan banyak doa, doa untuk penyembuhan, doa asma ul a’dzom, doa penunduk.
Selamat Ulangtahun perkahwinan ke-17 tahun buat kita. 30032003-30032020
#imgonnalovesulikeimgonnalooseu #happyanniverserytous
MKAzman👩❤️👨Shadiya AlfatehAl’IzzSoffya Togetherwesupporteachother
Tambahan: ORANG TUA TUA KATA…kalau berjodoh, rupa ada serupa juga. Kalau tak betul, mungkin sama dengan isteri kedua kot.. (saja cari pasal)
Sebab DIA BAIK, SAYA RAMAH
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3575761509106158&set=a.477201732295500&type=3&theater
Sumber: MK Azman