
Ada masalah nak menabung? Hakikat ni walau pahit nak ditelan tapi selagi tak belajar kumpul duit, selagi itulah harapan nak beli barang diingini akan terbatas.
Tabiat ini seharusnya ditanam sejak kecil lagi. Ajar anak-anak untuk tak minta duit tapi usaha untuk dapatkan duit.
Contoh terbaik adik Irfan ini wajar dijadikan panduan. Melalui status Twitter milik kakaknya berkongsi rasa bangga apabila adiknya berusia baru 12 tahun pandai simpan duit untuk memiliki permainan PS4 yang diidamkan.
Irfan menyimpan duit hasil ‘perniagaan’ kecilnya membuat perkhidmatan meminjam komik setiap hari sebanyak RM1.
Rata-rata netizen memuji usaha adik Irfan yang gigih mencari duit sendiri untuk mendapatkan apa yang diinginkan. Syabas dik!