Setiap orang pasti akan teruja apabila memiliki kereta baharu dan tidak sabar untuk memandu dan mempamerkan kereta itu.
Sama seperti seorang lelaki ini yang baru saja membeli kereta Ferrari F8 Tributo, tetapi dia tidak bernasib baik kerana terlibat dalam kemalangan di lebuh raya A5, Jerman.
Kereta milik lelaki berusia 43 tahun itu dilaporkan hilang kawalan di jalan raya yang basah dan melanggar penghadang konkrit, ia menyebabkan bahagian depan kenderaan itu hancur teruk.
Lebih menyedihkan, dia baru sahaja mendapat kunci kereta itu enam jam sebelum kemalangan itu.

Menurut Autoevolution, lelaki itu berada di Berlin pada Sabtu lalu untuk mengambil F8 Tributo itu.
Dia juga telah menunggu selama setahun untuk mendapatkan kereta itu.
Polis yang menyiasat kemalangan itu mengatakan bahawa ia mungkin juga disebabkan oleh kelajuan yang tidak sesuai dengan keadaan jalan yang basah, tayar kereta itu juga merupakan tayar musim panas.
Tidak cuma itu, roda keretanya juga melayang dan ‘menyerang’ sebuah bas mini yang berhampiran.
Jumlah kerosakan akibat kemalangan itu dianggarkan berjumlah € 366,000 (lebih RM1.7 juta).
Lelaki tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi rakannya memerlukan rawatan di hospital kerana kecederaan yang serius.

Dilancarkan di Pameran Motor Geneva 2019, F8 Tributo dikemaskan dengan enjin V8 Ferrari yang paling berkuasa.
Sumber: Autoevolution