
PETALING JAYA, 14 Ogos 2025 – Industri rambut dan kecantikan di Asia Tenggara bakal menyaksikan satu lagi detik bersejarah apabila Barber Expo Asia, Salon Expo Asia dan Beauty Expo Asia 2025 digabungkan dalam satu acara mega yang akan berlangsung pada 6 hingga 8 September 2025 bertempat di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Seri Kembangan, Selangor. Dengan keluasan pameran luar biasa iaitu 91,000 kaki persegi, expo kali ini menjadikannya 4 kali lebih besar berbanding edisi tahun lalu di Pavilion Bukit Jalil.
Apa yang menjadikan pameran ini begitu istimewa ialah penggabungan tiga acara utama industri dalam satu lokasi, satu dewan, dan satu matlamat. Gabungan ini menjadikan acara ini sebagai platform sehenti terbesar untuk pemain industri gunting rambut, salon, dan kecantikan dari seluruh rantau Asia. 10,000–15,000 pengunjung dari lebih 15 negara dijangka hadir, bersama lebih 200 jenama tempatan dan antarabangsa yang bakal mengambil bahagian.
Barber Expo Asia, Salon Expo Asia & Beauty Expo Asia 2025 bukan sekadar pameran produk dan perkhidmatan, ia adalah pentas untuk komuniti industri berkumpul, bertukar ilmu, dan mencipta peluang baharu. Sepanjang tiga hari acara, pengunjung akan disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan Barberlympix Asia 2025, demo langsung oleh tokoh industri antarabangsa, bengkel hands-on, pertunjukan gaya rambut, sesi pendidikan, dan persembahan pentas penuh gaya.
Forum Sphere juga akan menjadi tarikan utama — sebuah pentas khusus yang memfokuskan kepada perniagaan dan kerjaya, menampilkan penceramah ternama seperti Christy Ng (Pengasas Christy Ng Shoes), Datuk Ameer (Pengarah Urusan Mydin Holdings), Ardy Damis (Pengasas Nimroc Barbershop) dan Asyraf Kamal (Pengasas Kopi Saigon). Di sini, para pengunjung akan mendapat inspirasi serta panduan praktikal untuk membina kejayaan dalam industri masing-masing.

Setiap aktiviti dirancang bukan sahaja untuk memberi hiburan, tetapi juga inspirasi dan ilmu kepada semua yang hadir, sama ada dari kalangan profesional mahupun pencinta dunia grooming dan kecantikan.
Untuk pemain industri B2B, ini adalah peluang keemasan untuk membina rangkaian, menjalin kerjasama baharu dan membuka pasaran ke seluruh Asia. Pemilik jenama, pengeluar, pengedar dan pembekal akan bertemu secara terus dengan pembeli, pemilik salon, akademi kecantikan, serta rakan strategik dari pelbagai negara. Bagi pengunjung B2C pula, ini adalah peluang untuk merasai pengalaman eksklusif berinteraksi terus dengan jenama kegemaran, melihat teknologi dan trend terkini, serta mencuba sendiri produk-produk baharu.
Dengan pertumbuhan pesat industri rambut dan kecantikan di Asia, Barber Expo Asia, Salon Expo Asia & Beauty Expo Asia 2025 hadir pada masa yang tepat sebagai pemacu utama kepada perkembangan ini. Acara ini bukan sekadar menjual produk, tetapi menjadi pusat komuniti yang merangkumi pendidikan, inovasi, hiburan dan penciptaan peluang kerjaya. Ia juga membawa misi untuk menaikkan lagi nama Malaysia sebagai pusat rujukan industri grooming dan kecantikan di rantau ini.
Tahun ini, acara ini turut dibawakan dengan sokongan penaja utama myBarber dan Dyson, yang akan mempersembahkan teknologi dan inovasi terkini dalam dunia grooming dan kecantikan.
Pendaftaran booth kini telah dibuka dan ruang adalah terhad. Semua jenama yang ingin menembusi pasaran Asia dinasihatkan untuk menempah awal. Bagi pengunjung dan peminat industri, maklumat lanjut dan pengumuman tiket akan dikemas kini melalui laman web rasmi kami di www.barbersalonexpo.asia dan www.beautyexpoasia.com.
Bersama kita cipta sejarah baharu dalam dunia rambut dan kecantikan Asia.