Gambar: Facebook

Barang Jualan Tak Laku, Pemuda Ditemui Menangis Di Lorong Kerana Kelaparan

Nur Adnin

KECEWA kerana jualan anda hari ini tidak laku? Bersabarlah. Mungkin kita berasa rugi tetapi kita masih ada wang dan makanan untuk hidup.

Namun, perkara itu tidak mampu dirasai oleh seorang peniaga dari Karawang, Jawa Barat, Indonesia yang ditemui menangis di celah lorong bangunan baru-baru ini ekoran barang jualannya tidak laku dan kelaparan.

Turut bersama dengannya adalah dua guni barang jualannya, dipercayai makanan kering seperti biskut serta sebatang kayu pemikul.

Gambar: Facebook

Berdasarkan gambar, kemungkinan peniaga tersebut diberikan air minuman untuknya setelah kelihatan lapar dan dahaga.

Eris mengucapkan terima kasih kepada yang sudi membantu.

“Kalau ada peniaga yang kecil, marilah kita bantu. Tidak perlu mencari (peniaga) yang jauh kerana yang dekat dengan kita masih banyak,” jelasnya.

Rata-rata netizen melahirkan rasa simpati buat peniaga tersebut dan berdoa agar dia dimurahkan rezeki dalam perniagaannya.

Menariknya, seorang netizen, Awenda Wendy menjelaskan tentang kenapa peniaga itu menjual makanan sedangkan dirinya sendiri kelaparan.

Dakwa Awenda, peniaga itu seorang yang jujur kerana dia tidak makan makanan tersebut sebab itu bukan haknya.

Sumber: Facebook , Terkini ID