Seorang ayah kepada tiga orang anak yang telah dibunuh oleh isterinya sendiri masih dihantui oleh kata-kata terakhir anak lelakinya. Isterinya, 44, yang merupakan ibu kepada anak-anaknya didapati tidak bersalah kerana didakwa tidak waras ketika kejadian berlaku.
Deirdre telah menekup muka ketiga-tiga anaknya, Conor, 9, Darragh,7, dan Carle, 3, sehingga lemas di kediaman mereka di Dublin pada Januari 2020.
Ayah mangsa mengatakan bahawa dia tidak lagi mampu untuk hidup bersama dengan isterinya selepas kejadian itu.
Andrew McGinley memberitahu bahawa kata-kata terakhir anak lelakinya yang menyuruh ibunya berhenti masih lagi terngiang-ngiang di telinganya.
Difahamkan bahawa wanita berkenaan boleh dikeluarkan dari pusat rawatan selepas lima tahun perubatan jika doktor telah mnegesahkan bahawa dia sudah sihat.
Si ibu yang bekerja sebagai seorang jururawat mengaku tidak bersalah kerana tidak waras semasa kejadian berlaku. Pengakuan tersebut turut disokong oleh dua pakar psikiatri perunding, satu untuk pembelaan dan satu untuk pendakwaan.
Mahkamah mendapati dia mengalami gangguan afektif bipolar jenis dua iaitu gangguan mental yang diiktiraf.
Sumber: Daily Mail