
Penularan wabak Covid-19 di negara ini semakin membimbangkan apabila sebanyak 110 kes baharu dilaporkan setakat hari ini.
Manakala sehingga semalam, 15 pesakit dilaporkan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.
Anak salah seorang mangsa yang berada di ICU, Syahira Idris, tampil berkongsi perasaan sedih mereka sekeluarga yang terpaksa berdepan dengan situasi tersebut.
Hancurnya hati apabila dia bersama ibu serta adik-beradik yang lain tidak dapat menziarahi ayahnya yang kini dalam keadaan kritikal dan sedang bertarung nyawa.
Mereka yang sedang dikuarantin hanya mampu mendoakan kesembuhan ayahnya dari jauh tanpa boleh melihat apatah lagi menyentuh insan yang paling disayangi. Sebak!
Menurut Syahira, ayahnya tidak menyertai sebarang perhimpuan dan dijangkiti oleh individu yang disahkan positif Covid-19.
Pada mulanya, ayahnya telah melakukan pemeriksaan dan berada dalam keadaan baik.
Namun pada Rabu malam, secara tiba-tiba keadaan bertambah teruk sehingga doktor terpaksa melakukan intubasi bagi menyelamatkan ayahnya.

Rata-rata netizen yang membanjiri ruangan komen turut mendoakan supaya Allah memberikan kesembuhan kepada ayahnya.




Sumber: syahiraidris