Di saat jururawat lain menyambut Hari Jururawat Antarabangsa pada 12 Mei semalam, nasib seorang Ketua Jururawat tidak diketahui apabila dia dilaporkan hilang pada Rabu lepas.
Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Khairina Mohd Kamarudin dilihat kali terakhir di kawasan letak kenderaan hospital tersebut pada pukul 4 petang hari yang sama dilaporkan hilang.
Pengarah Hospital Serdang, Dr. Rohana Johan mengesahkan kakitangannya itu tidak hadir bertugas pada keesokan harinya.Khairina dilihat memandu kereta jenis Honda City berwarna putih dengan nombor pendaftaran BEY 1361 pada kali terakhir dia dilihat.
“Sehingga kini, tiada maklumat berjaya diperolehi samada dari orang awam mahupun pihak polis,” kata adiknya, Siti Khairani Mohd.
Kamarudin.Sesiapa yang mempunyai maklumat sahih berkaitan mangsa diminta menghubungi pihak polis atau adik Siti Khairina melalui talian 012-2587764.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, BERNAMA, Khairani Kamarudin