Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa bantuan tunai sebanyak RM10 billion akan disalurkan kepada 11 juta penerima dalam separuh kedua tahun 2021.
Menurutnya, kerajaan komited untuk membantu rakyat yang memerlukan meliputi golongan B40, golongan miskin tegar, miskin bandar, dan M40 yang kehilangan pendapatan.
“Bantuan tunai sebanyak RM10 billion akan disalurkan kepada 11 juta penerima dalam separuh kedua tahun 2021.
“Bantuan tunai bagi mereka yang memerlukannya akan diteruskan pada tahun 2022 bukan sahaja untuk golongan B40 tetapi juga meliputi bantuan bersasar kepada golongan miskin tegar, miskin bandar dan M40 yang kehilangan pendapatan,” ujarnya.