PUTRAJAYA, 19 Mac – Bayaran bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi bulan April disegerakan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, dengan bayaran dibuat bermula 25 Mac ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata bantuan titu melibatkan 500,000 penerima membabitkan kos berjumlah RM150 juta.
“Bantuan ini akan diterima 15 hari lebih awal dari tarikh yang sepatutnya diterima,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rina berkata inisiatif itu diharap dapat membantu kumpulan sasar menjalani kehidupan yang sejahtera sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, yang dikuat kuasa dari 18 Mac sehingga 31 Mac.
Sumber: Bernama