Stok bekalan darah di negara kita semakin berkurang berbanding tahun-tahun sebelumnya. Perkara ini juga telah dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham.
Menerusi laman Facebook rasmi Jabatan Perubatan Transfusi Darah Hospital Tengku Ampuan Rahimah mengatakan bahawa keperluan darah diperlukan segera dari 6 hingga 10 Januari 2021.
Untuk makluman, HTAR pada ketika ini memerlukan sokongan para penderma darah kumpulan O & B untuk terus tampil menderma darah. Bekalan darah O & B dijangka akan menurun sekiranya anda tidak tampil menderma darah.
Bagi penderma darah kumpulan A, anda dialu-alukan untuk terus menderma darah manakala bekalan darah kumpulan AB di paras selamat.
Dimohon agar para penderma dapat meluangkan masa anda untuk hadir menderma darah di lokasi Derma Darah berdekatan anda.

TERIMA KASIH PENDERMA BUDIMAN, diucapkan kepada para penderma yang sentiasa menyokong dan membantu Tabung Darah HTAR dalam meningkatkan bekalan darah.
Bantu kami, bantu mereka yang memerlukan dengan menderma darah.
Sumber: HTAR