Bank pusat China dilaporkan telah mengisytiharkan bahawa semua urus niaga mata wang kripto diharamkan bermula Jumaat ini.
Dalam muat naik terbaru pada laman sesawangnya, People’s Bank of China (PBOC) mengumumkan bahawa mereka akan melarang institusi kewangan, syarikat pembayaran, dan platform internet untuk memudahkan perdagangan mata wang kripto.
China akan mempertingkatkan tindakan kerasnya terhadap perlombongan mata wang kripto sebagai sebahagian daripada usaha negara itu untuk menjimatkan tenaga dan mengurangkan pelepasan karbon, kata notis yang disiarkan di laman web rasmi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Nasional China pada Jumaat.
Menurut notis tersebut, aktiviti perlombongan mata wang kripto banyak menggunakan tenaga, menghasilkan pelepas karbon yang tinggi dan tidak banyak menyumbang kepada ekonomi.
Negara itu dijangka akan memperhebat undang-undang mengenai keseluruhan proses perlombongan mata wang kripto dan akan melarang keras projek perlombongan yang baharu, kata notis itu.
Hasil daripada pengumuman tergempar itu, nilai Bitcoin dilapokan turun sebanyak 4.5% pada Jumaat sementara nilai Ether merosot sebanyak 6.5%.
Sumber: Forbes/China Daily