SHAH ALAM – Satu lagi mayat mangsa banjir ditemui dan dikeluarkan dari kawasan perumahan Taman Sri Muda, Shah Alam, menjadikan tujuh individu terkorban di kawasan itu, setakat ini.
Dengan pengeluaran mayat berkenaan pada jam 7:30 malam tadi, kes ini menjadikan jumlah korban banjir di Selangor sebanyak 10 orang.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti. Mangsa dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an.
Berita lanjut menyusul.
Sumber: Astro Awani