
Banjir Landa Ladang, Penternak Kerugian Selepas 140,000 Ekor Ayam Mati Lemas
THAILAND – Sebuah ladang ayam telah dilanda banjir mengakibatkan 140,000 ekor ayam mati lemas, dalam kejadian yang berlaku di daerah Kwaeng, wilayah Rayong, timur Thailand, lapor newsngr.com.
Kamnam Boonsueb, pemilik ladang ayam tersebut menyatakan bahawa kesemua enam rumah di ladang ayam miliknya telah dinaiki air mencecah lebih satu meter di beberapa bahagian.
Tambahnya lagi, anggaran jumlah kerosakan akibat banjir tersebut berjumlah tidak kurang daripada 10 juta baht (RM1.2 juta).
Bagaimanapun, menurut Kamnan musibah itu bukan satu pembaziran sepenuhnya selepas seorang penternak ikan keli telah menghubunginya untuk membeli bangkai ayam itu kerana mahu dijadikan bekalan makanan untuk ikan ternakannya.
Menurut laporan, wilayah Rayong telah dilanda hujan lebat dan banjir kilat itu turut menyebabkan lebih 200 rumah dinaiki air di daerah Kwaeng.
Sementara itu, sebanyak 13 kampung di mukim Ban Na telah ditenggelami air sepenuhnya akibat banjir.
Difahamkan kesemua 13 penduduk kampung sedang dipindahkan dengan bot oleh anggota penyelamat.
Dilaporkan, fenomena hujan lebat dan banjir kilat juga telah melanda ibu negara Thailand dan beberapa kawasan sekitarnya.
Menurut Jabatan Meteorologi Thailand, hujan lebat dan banjir kilat dijangka berterusan hari ini dan esok di seluruh negara itu.
BACA: Kajian Dapati Secara Purata Rakyat Malaysia Perlu Bekerja 29.2 Hari, Baru Mampu Beli iPhone 14 Pro
BACA: Air Semakin Surut, Masjid ‘Misteri’ Berusia 120 Tahun Muncul Semula Lepas Tiga Dekad Tenggelam
Sumber : newsngr.com