Gambar: FB MPAJ

Banjir Kilat Setinggi 1 Meter, Ini Keadaan ‘Huru-Hara’ Sekitar Ampang Jaya Selepas Kejadian

Nur Adnin

Semalam beberapa kawasan di sekitar Ampang, Selangor dilanda fenomena banjir kilat yang mencapai ketinggian sehingga kira-kira satu meter tinggi.

Banjir kilat tersebut berpunca akibat hujan lebat yang melanda kawasan berkenaan sejak pukul 6 petang hingga menyebabkan sampah-sampah dan lumpur turut hanyut dan menjejaskan beberapa lokaliti sekitar.

Disebabkan itu, beberapa jabatan dalaman Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) seperti Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam serta Jabatan Khidmat Pengurusan dikerahkan ke lokasi terjejas.

Kerja-kerja pembersihan oleh jabatan berkenaan dijalankan di beberapa laluan utama di sekitar Kampung Melayu Ampang, Kampung Lembah Jaya Utara dan Kampung Lembah Jaya Selatan.

Dalam masa sama, kutipan sampah di dalam longkang di kawasan terjejas dilakukan bermula sejak malam semalam sebaik sahaja hujan berhenti sebelum disambung seawal 7 pagi tadi.

Oleh itu, segala longgokan sampah dibawa atau dihanyutkan banjir yang memenuhi longkang dialih dan dibersihkan.

Berikut di bawah adalah foto-foto lokasi kejadian seperti yang dimuat naik di laman Facebook MPAJ hari ini.

Gambar: FB MPAJ
Gambar: FB MPAJ
Gambar: FB MPAJ
Gambar: FB MPAJ
Gambar: FB MPAJ

Sumber: FB Majlis Perbandaran Ampang Jaya