Keadaan banjir kilat di persimpangan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) sehingga kira-kira jam 8 malam ini menyebabkan hanya satu lorong dibuka menuju Plaza Tol Shah Alam. Manakala laluan dari Plaza Tol Shah Alam ke Jalan Subang ditutup sepenuhnya.
Lembaga Lebuhraya Malaysia sebelumnya telah mengeluarkan amaran banjir kilat di Kilometer 8.7 NKVE arah utara dari Setia Alam ke Shah Alam sejak jam 7.43 malam ini. Lorong kanan dan kiri laluan tersebut dilaporkan terhalang dan mengakibatkan trafik perlahan.
Pengguna jalan raya diminta memandu dengan berhati-hati dan disarankan untuk menggunakan laluan alternatif ke arah tersebut.
Sumber: LLM Trafik