Pihak PLUS telah memaklumkan bahawa terdapat kejadian banjir kilat yang berlaku di lebuhraya ELITE di laluan masuk Plaza Tol Shah Alam pada pagi ini.
Menerusi maklumat yang dimuatnaik di Twitter, beberapa lorong masih lagi ditutup susulan daripada banjir kilat itu.
Dalam pada itu, menerusi kemas kini terbaru, banjir kilat juga dilaporkan berlaku di ELITE persimpangan Shah Alam arah Utara dari Shah Alam ke Seafield.
“Lorong kiri ditutup, trafik sesak, sila guna laluan alternatif dan rancang perjalanan anda,” kata PLUS menerusi ciapan itu.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor yang melibatkan kawasan Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Kuala Langat, yang dijangka berlaku sehingga jam 11 pagi hari ini.
Sumber: Plustrafik