notis penutupan elektrik banjir johor
Kredit: Facebook

Banjir Di Johor, TNB Keluar Notis Penutupan Bekalan Elektrik

Notis Penutupan Bekalan Elektrik Akibat Banjir Di Johor

Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memberikan notis penutupan bekalan elektrik susulan kejadian banjir di beberapa kawasan terjejas di Johor.

Difahamkan, notis tersebut berkuat kuasa di kawasan terjejas berdekatan Muar dan Segamat, bermula 9.00 malam ini 1 Mac 2023).

Notis berkenaan dikeluarkan selepas banjir melanda beberapa kawasan berikutan hujan lebat yang turun sejak semalam. Tindakan menutup bekalan elektrik di beberapa pencawang elektrik itu demi memastikan keselamatan para pengguna terpelihara.

Berikut merupakan 28 kawasan yang terlibat dalam notis ini:

  1. Kampung Munaseh

  2. Taman Sentosa

  3. Taman Damai Jaya Chaah

  4. Taman Orkid Baru

  5. HR Labis EST Rhodes Club

  6. Johor Labis EST Blok 11-C

  7. Johor Labis Estate. Div 3

  8. Johor Labis Estate. Div 4

  9. Kampung Jawa Baru Chaah

  10. Kampung Kangkar

  11. Kilang Chaah Sawmill

  12. Kilang Chaah Labis Estate

  13. Pekan Chaah No 1 & 2

  14. Taman Sri Chaah

  15. Achi Jaya Plantation

  16. Sekolah Sri Bali Chaah

  17. Taman Chaah Baru

  18. Taman Chaah Utama

  19. Taman Industri Chaah

  20. Taman Soon Choon

  21. Station Kilang AJ OLEO-RE

  22. Kampung Jabi

  23. Kilang Lim Cheng Meng

  24. Kilang TLG Packaging

  25. Kebun Dusun

  26. Jabi Tambahan

  27. Kampung Bukit Tempurung

  28. Kampung Sebasu

Bagaimanapun, pihak TNB memberi jaminan bahawa pihaknya berusaha untuk memastikan bekalan elektrik di kawasan-kawasan berkenaan dapat disalurkan secara berperingkat.

Sungguhpun begitu, usaha penyaluran bekalan elektrik berkenaan bergantung kepada akses dan keadaan setempat.

Pada masa yang sama, TNB turut memohon orang ramai untuk mengutamakan keselamatan ketika menghadapi bencana banjir ini.

Orang ramai turut diminta menghubungi TNB menerusi Facebook TNB CareLine atau menghubungi 15454, jika terdapat sebarang struktur TNB dalam keadaan yang berbahaya.

Akhir kenyataanya, TNB menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan persekitaran dan mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diminta berpindah ke PPS.

Korban banjir pertama di Johor

Baru-baru ini, seorang lelaki warga tempatan menjadi korban pertama banjir di Johor setelah ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta di Jalan GSA Chamek, Paloh tengahari ini.

Mangsa yang berusia 20-an tersebut dipercayai dibawa arus banjir ketika sedang memandu keretanya di lokasi kejadian dalam lingkungan 7.20 pagi tadi.

Hasil siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah kilang kelapa sawit berhampiran.

Memetik Bernama, seramai 209 keluarga terjejas banjir di Segamat, 162 keluarga di Kluang, 131 keluarga di Johor Bahru dan 32 keluarga di Kota Tinggi telah dipindahkan ke PPS.

BACA: Pekan Chaah Lumpuh, Paras Air Banjir Meningkat

Sumber: TNB Careline