Bangunan hotel runtuh
Gambar via Mirror

Bangunan Hotel Runtuh, Tujuh Dilapor Cedera

Faiz Mustafa

Bangunan hotel runtuh dalam satu kejadian di Balearic, Sepanyol hingga menyebabkan beberapa individu cedera termasuk tukang masak.

Tujuh orang dilapor cedera dan dua parah apabila siling di bahagian gimnasium sebuah hotel runtuh bersama mesin senaman yang jatuh menghempap bahagian dapur yang berada di bawah.

Menurut Mirror, salah seorang daripada yang tercedera itu adalah merupakan seorang tukang masak di Hotel Blue Sea Piscis di Port de Alcudia di bahagian utara pulau Balearic.

Difahamkan, tiada sebarang kematian dilaporkan oleh Pegawai Perkhidmatan Kecemasan yang berada di tempat kejadian.

“Seorang wanita berumur 57 tahun telah dipindahkan ke hospital Son Espases kerana mengalami masalah prognosis selepas terperangkap dalam runtuhan tersebut.

“Dia juga mengalami beberapa kecederaan serius dan lebam pada bahagian muka.

“Seorang lagi yang mengalami kecederaan parah adalah seorang lelaki berusia 59 tahun yang mengalami kecedaraan serius di bahagian kepala yang serius,” lapor Mirror.

Menurut perkhidmatan Bomba Mallorca, kemalangan itu berlaku sekitar jam 2.58 petang di hotel pelancong di jalan Teodor Canet baru-baru ini.

Memetik Mirror, dua orang lagi dilaporkan terperangkap dalam runtuhan, manakala lima lagi yang mengalami banyak kecederaan telah dirawat.

“Dua orang yang cedera parah itu dipercayai merupakan pekerja di hotel berkenaan.

“Hotel tersebut juga telah dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga dan jalan di kawasan itu turut ditutup agar pihak kecemasan dapat bekerja tanpa sebarang masalah.

“Kru dari empat balai bomba juga berada di tempat kejadian sebagai ‘back up’ kepada ambulans, kenderaan pantas SAMU serta polis tempatan dan pengawal keselematan awam,” lapor Mirror.

Sumber: Mirror