Bangga, Anak Orang Asli, Jome Cheng Berjaya Masuk Ke Universiti Terkemuka Di Jepun

Sha Rossa

Siapa pun kita, kejayaan tak akan datang bergolek jika tidak disertai dengan usaha yang berterusan tanpa semangat yang tak pernah mengalah.

Perkongsian oleh Timbalan Menteri 1 Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) merangkap Ahli Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad ini mungkin boleh dijadikan pembakar semangat atau dorongan kepada semua pelajar.

Jome Cheng yang merupakan anak Orang Asli dari suku kaum Jakun berjaya mendapat tempat di salah sebuah unversiti terkemuka di Jepun dalam bidang kejuruteraan sekaligus mengikis persepsi bahawa Orang Asli selalu dipandang rendah terutamanya dalam pelajaran.

Tahniah Adik Jome Cheng dari Kampung Orang Asli Sg Soi, Kuantan, kerana telah berjaya menempatkan diri di salah sebuah universiti terkemuka di Jepun dalam bidang Kejuruteraan.

Adik Jome, dari Suku Kaum Jakun adalah antara pelajar dari kalangan Masyarakat Orang Asli yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Saya faham cabaran yang dilalui pelajar ini bukanlah mudah. Namun saya bangga kerana adik ini dah buktikan bahawa kejayaan hadir kepada mereka yang tak pernah mengalah.

Adik Jome datang bersama ibu dan Pegawai dari JAKOA Negeri Pahang ke pejabat dan saya sampaikan sedikit sumbangan sebagai dorongan serta motivasi Jome melanjutkan pelajaran di luar negara.

Semoga terus cemerlang di mana jua kita berada dan sentiasa memberi inspirasi kepada sesiapa pun. Dan apabila tiba masanya nanti, pulanglah ke tanah air menabur bakti kepada negara tercinta dan kepada masyarakat Orang Asli khasnya.

Selamat Maju Jaya Jome Cheng!

Ganbatte!

Sumber: Facebook Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad